Wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan sumbangan dan tuntuntan insuran kepada balu Allahyarham Mohd Syahirul Anuarr Razali di Shah Alam pada 12 September 2022. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Santuni keluarga kakitangan meninggal dunia, LZS serah bantuan dan insurans

SHAH ALAM, 13 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menyantuni keluarga kakitangannya Allahyarham Mohd Syahirul Anuarr Razali, yang meninggal dunia dalam kemalangan, bulan lalu.

Agensi itu memaklumkan kehadiran pihaknya bersama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di rumah Allahyarham di sini disambut balu Allahyarham dan dua anaknya.

“Setelah tiga minggu menguruskan segala perihal berkaitan sumbangan dan tuntutan insurans, hari ini wakil LZS, Perkeso dan YIDE hadir menziarahi keluarga Allahyarham.

“Linangan airmata kelihatan tatkala sumbangan diserahkan kepada isteri arwah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pada 26 Ogos lalu, Mohd Syahirul yang berkhidmat sebagai amil zakat maut ketika ingin menunaikan solat Jumaat selepas dilanggar motosikal di Persiaran Akuatik, Seksyen 13 di sini.


Pengarang :