Aktiviti payung terjun pada program Gua Damai International Base Jump pada 24 September 2014. Foto Facebook Gua Damai XPark
PBTSELANGOR

Sembilan aktiviti menarik sempena Karnival Ekstrem Gua Damai

SHAH ALAM, 5 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjemput orang ramai memeriahkan Karnival Ekstrem Gua Damai pada 10 dan 11 September depan.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan terdapat sembilan aktiviti menarik pada program yang diadakan di Taman Ekstrem Gua Damai di Kampung Wira Damai, Batu Caves.

“Jom datang beramai-ramai ke Karnival Ekstrem Gua Damai pada 10 dan 11 September 2022.

“Pelbagai aktiviti seperti terjun tapak, luncur keluang, tali imbangan, panjat batu dan ‘paint ball’ turut diadakan,” katanya di Facebook.

Hadiah cabutan bertuah turut menanti orang ramai pada karnival dua hari berkenaan.


Pengarang :