Selangor meraih emas kedua Sukan Malaysia (SUKMA) menerusi M Gogulnath dalam acara kumite kategori individu lelaki bawah 75 kilogram pada 16 September 2022. Foto Facebook MSN Selangor
AGENDASUKANKINI

SUKMA: Selangor raih emas kedua acara kumite lelaki bawah 75kg

SHAH ALAM, 16 SEPT: Selangor meraih emas kedua Sukan Malaysia (SUKMA) menerusi M Gogulnath dalam acara kumite kategori individu lelaki bawah 75 kilogram.

Pingat perak acara tersebut dimenangi atlet Wilayah Persekutuan V Logen manakala gangsa dikongsi atlet Sarawak Vincent Garfelo Anak Disen dan  P Karthigeyan dari Johor.

Semalam atlet wusyu Selangor Mandy Cebelle Chen menyumbang emas Sukan Malaysia (SUKMA) pertama untuk kontinjen Selangor.

Selangor menyasarkan 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20.


Pengarang :