Atlet Selangor Lim Shun Qi berjaya meraih pingat emas acara renang 200 meter kuak kupu-kupu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada 21 September 2022. Foto MSN Selangor
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA: Selangor raih emas renang 200 meter kuak kupu-kupu

SHAH ALAM, 22 SEPT: Selangor berjaya meraih pingat emas acara renang 200 meter kuak kupu-kupu wanita dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

Pingat tersebut disumbang atlet Lim Shun Qi dalam saingan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

“Lim Shun Qi menyumbangkan pingat EMAS menerusi sukan Renang acara 200 Meter Kuak Kupu-Kupu Wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil. Terima kasih dan Tahniah!, tulis MSN Selangor di Facebook.

Seramai 490 atlet mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan dipertandingkan dalam SUKMA ke-20 yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September.


Pengarang :