Bangunan Kementerian Luar Negara di Putrajaya. Foto Arkib Selangorkini
AGENDANASIONAL

Wisma Putra sahkan penuntut Malaysia di Universiti Al Azhar ditahan pihak berkuasa Mesir

PUTRAJAYA, 18 SEPT: Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Mesir.

Wisma Putra menerusi kenyataan malam ini memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan makumat lanjut mengenai kes itu.

Wisma Putra akan terus memantau perkembangan kes itu menerusi kedutaannya dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan. – BERNAMA


Pengarang :