Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap sempena Jelajah Mega Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor di padang Dewan Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor pada 26 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar jamin HARAPAN bela nasib semua kaum jika jadi kerajaan

KUALA SELANGOR, 27 OKT: Semua nasib masyarakat termasuk kaum minoriti akan dibela sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi kerajaan.

Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti gabungan itu tidak mengamalkan kepemimpinan pilih kasih kerana ia membawa ciri masyarakat jahiliah.

“Orang tanya kenapa kerjasama dengan DAP? Kalau tak ada DAP akan sokong kita. Saya mahu saudara semua faham. Kalau saya nak pimpin negara bukan pimpin Melayu sahaja.

“Majoriti Melayu, Melayu miskin tetap dibela. Orang Cina itu orang kita, keluarga, jiran. Jadi tak boleh pandang hina macam itu,” katanya berucap di Jelajah Harapan Mega Selangor malam tadi.

Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata beliau berbangga sekiranya negara memiliki pemimpin Melayu yang teguh membela nasib rakyat tanpa sebarang kekangan.

“Adakah kita berbangga dengan pemimpin yang jaga anak-anak, yang jaga keluarga, anak menantu? Saya tidak bangga.

“Saya hanya bangga dengan pemimpin Melayu bersama Cina, India, Kadazan, Iban yang teguh bela nasib rakyat. Kita bangga dengan keadaan itu,” katanya.


Pengarang :