Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 15 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah bantuan rakyat jadi platform hebahan 44 insentif negeri

SABAK BERNAM, 15 OKT: Jelajah Selangor Penyayang (JSP) merupakan pendekatan Kerajaan Negeri menghebahkan 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang (ISP) kepada rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata fasa kedua yang bermula di daerah ini selama dua hari sejak semalam memberi peluang kepada rakyat hadir selain memperkenal dan mempromosikan produk daerah.

“Program sehingga menjelang November dan selepas ini kita kunjungi Klang, Sepang dan Hulu Selangor. Harap dengan penganjuran ini dapat jelaskan maksud dan hasrat Kerajaan Negeri.

“Menerusi JSP kita hebahkan ISP membabitkan enam sektor iaitu pemberdayaan, kesihatan, pendidikan, perumahaan, keusahawaan dan anak Selangor.

“Kita laksanakan pakej ini bukan kerana syok sendiri. Bukan suka-suka nak tukar dari Merakyatkan Ekonomi Selangor, Inisiatif Peduli Rakyat tapi ini kesedaran untuk mengangkat dan menjamin kelestarian masyarakat,” katanya.

Beliau berucap merasmikan masjlis bertemakan Menjana Ekonomi Manusiawi di Stadium Sungai Besar hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai Media Selangor selepas merasmikan Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 15 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pada 22 dan 23 Oktober, jelajah akan diadakan di Padang Sultan Sulaiman, Klang bertemakan Membina Keluarga Penyayang manakala di KIP Sentral, Sepang pada 29 dan 30 Oktober – Menjamin Kehidupan Bermartabat.

Sementara pada 5 dan 6 November, acara tersebut dijadual berlangsung di Persiaran As Salam, Hulu Selangor bertemakan Membudaya Kesihatan Berkualiti.

Program yang sebelum ini berlangsung di lima daerah menyajikan pelbagai acara antaranya persembahan kesenian, saringan kesihatan percuma, jualan barangan asas murah dan pameran.

Sebelum ini, ia diadakan di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat, Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Padang Awam Batu Caves.


Pengarang :