Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 2 pagi esok

SHAH ALAM, 23 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Kuala Langat dan Sepang sehingga 2 pagi esok.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama juga diramal di Putrajaya selain beberapa kawasan di Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) dan Sarawak (Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :