Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Amirudin Shari bercakap kepada media selepas merasmikan majlis penutupan Latihan dan Kursus ‘Serve Rescue’ MSN Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pada 17 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Belanjawan Selangor 2023 ditangguh ke 25 November

SHAH ALAM, 17 OKT: Belanjawan Selangor 2023 yang dijadualkan hujung bulan ini ditunda kepada 25 November bagi memberi laluan kepada proses pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Speaker Ng Suee Lim akan memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung keputusan itu.

“Kita tak mahu ganggu proses PRU. Bukan masalah kempen tetapi ramai pegawai terlibat (PRU) sebagai pengurus pilihan raya, timbalan pengurus pilihan raya.

“Pegawai daerah juga sebagai ketua pusat mengundi dan saya pasti ia akan mengganggu fungsi mereka ketika belanjawan nanti. Jadi kemungkinan kita tangguh selepas PRU,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis penutup latihan dan kursus Serve Rescue di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 di sini hari ini.

Sebelum ini Belanjawan Selangor tahun hadapan dijadualkan dibentang di Dewan Negeri Selangor pada 28 Oktober ini.


Pengarang :