EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berucap merasmikan Simposium Pengurusan Strata Kelas Pertama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) di Hotel Park Royal Collection, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pentadbiran komuniti strata digesa mohon skim insurans pangsapuri kos rendah

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Pentadbiran komuniti strata disaran memohon Skim Insurans Pangsapuri Kos Rendah yang dilaksana Kerajaan Negeri.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata insurans itu diperkenalkan khusus untuk pangsapuri kos rendah yang memberi manfaat jika berlaku bencana seperti kebakaran.

“Skim insurans ini bukti terjemahan Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan rakyat termasuk mereka yang tinggal di kediaman strata supaya hidup dengan selamat dan terjamin.

“Pentadbiran komuniti strata boleh memohon skim ini yang diurus Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Pengurusan Strata Kelas Pertama di Park Royal Collection di sini, semalam.

Kerajaan Negeri mewujudkan skim Insurans Pangsapuri Kos Rendah dengan peruntukan RM1.5 juta bagi membantu peneroka bandar miliki rumah menyelesaikan ketidakmampuan badan pengurusan pangsapuri menginsuranskan bangunan mengikut Seksyen 93 Akta Pengurusan Strata 2013 (757).

Dengan adanya skim Insurans Pangsapuri, Kerajaan Negeri membantu membuat pampasan daripada pihak insurans (Takaful) disebabkan oleh kebakaran, kerosakan akibat ribut atau angin kencang, kerosakan akibat daripada limpahan tangki air dan kerosakan lif.


Pengarang :