Aksi pemain Selangor FC yang cuba melepasi kawalan pemain Kelantan United dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 26 Oktober 2022. Foto Facebook SELANGOR FC
AGENDASUKANKINI

Piala Malaysia: Selangor atasi Kelantan United 2-0

SHAH ALAM, 26 OKT: Selangor FC memulakan kempen Piala Malaysia 2022 dengan mengalahkan Kelantan United 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Pasukan Gergasi Merah yang beraksi di gelanggang lawan memperoleh gol pertama menerusi penyerang import Herlison Caion pada minit ke-37.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa dan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe meneruskan cabaran dalam babak kedua bagi menambah jaringan.

Usaha Selangor FC berhasil apabila Herlison Caion sekali lagi berjaya mengatasi benteng Kelantan United untuk gol kedua pada minit ke-63.

Pasukan Merah Kuning memperoleh sepakan penalti pada minit ke-81 namun gagal disudahkan dengan gol.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan timbal balik di Stadium MBPJ, Petaling Jaya pada 1 November ini.


Pengarang :