Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka melakukan kerja-kerja pengepaman air banjir genang ke sungai berdekatan di Kampung Lanchang Jasin ketika tinjauan pada 11 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Satu lagi pusat penempatan dibuka, kini 38 mangsa banjir di Melaka

MELAKA, 25 OKT: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 38 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 27 individu daripada enam keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan sebuah lagi PPS dibuka di Alor Gajah iaitu Balai Raya Gadek pada 11 malam semalam, yang menempatkan 11 mangsa daripada lima keluarga.

“Seramai 27 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal iaitu penduduk dari Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

 


Pengarang :