Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim (tengah) ketika majlis penyerahan bendera kejohanan karnival Sukan SUKSEM kelapan yang berlangsung di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Oktober 2022. Foto Facebook Kelab SUK Selangor
AGENDABERITA UTAMA

Selangor jadi tuan rumah Sukan SUK SeMalaysia kelapan

SHAH ALAM, 24 OKT: Selangor buat pertama kali akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri SeMalaysia (SUKSEM) kelapan.

Kejohanan tersebut akan berlangsung selama lima hari bermula esok bertempat di Stadium Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam.

Majlis perasmian karnival yang melibatkan kesemua negeri bakal disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Jumaat lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim menyerahkan bendera kejohanan kepada kontinjen Selangor yang berlangsung di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

SUKSEM merupakan kejohanan khusus untuk penjawat awam yang mempertandingkan acara seperti bola sepak, badminton, sepak takraw, bola jaring, bola tampar, tenpin boling, ping-pong, golf dan dart.


Pengarang :