Wakil rakyat Pandan Indah Izham Hashim menyerahkan cek RM10,000 kepada Badan Khairat Kematian Kampung Pandan untuk pembelian van jenazah. Foto Facebook Izham Hashim
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Pandan Indah sumbang RM10,000 kegunaan badan khairat beli van jenazah

SHAH ALAM, 19 OKT: Wakil rakyat Pandan Indah menyumbang RM10,000 kepada Badan Khairat Kematian Kampung Pandan baru-baru ini.

Ir Izham Hashim berkata sumbangan berbentuk cek itu diserahkan bagi tujuan pembelian van jenazah.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada warga Kampung Pandan dan sekitarnya.

“Kerajaan Negeri melalui pusat khidmat masyarakat sentiasa cakna dan peka kepada keperluan rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Menurut beliau, sumbangan diberi bagi menampung keperluan tinggi perkhidmatan van jenayah di kawasan itu.

“Ada dua van jenazah di kawasan ini, tapi satu dah berusia lebih 20 tahun dan selalu mengalami kerosakan, jadi permohonan pembelian sebuah lagi van diluluskan,” katanya.


Pengarang :