Penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) hadir memberi sokongan kepada calon HARAPAN Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari pada penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak pada 5 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon disaran tidak guna isu kaum dalam kempen di Gombak

SHAH ALAM, 5 OKT: Semua calon parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Gombak diingatkan supaya tidak memainkan isu perkauman sepanjang tempoh kempen.

Menurut Sekretariat Kempen Pakatan Harapan (HARAPAN) Gombak, calon HARAPAN Dato’ Seri Amirudin Shari berkempen secara bersih, berintegriti, adil, berprinsip serta mengamal hujah berfakta yang tepat dan terkini.

Dalam kenyataan itu, beliau menggesa semua calon menyatakan keazaman sama supaya kempen yang secara rasmi bermula hari ini hingga 19November berjalan secara sihat.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar mengajak mereka supaya merai kepelbagaian masyarakat yang rencam di Gombak sebagai sebuah kekuatan di negara ini.

“Bukannya mempolemikkan isu perkauman yang mungkin diguna pihak tertentu untuk memecah-belah masyarakat yang selama ini hidup aman dan tenteram, lebih-lebih lagi di Selangor,” menurut kenyataan hari ini.

Amirudin sebagai calon nombor dua dalam kertas undi berdepan empat calon iaitu penyandang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin Barisan Nasional.

Dua lagi calon ialah Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir mewakili Pejuang dan calon Bebas Zulkifli Ahmad.


Pengarang :