Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan (dua, kanan) bertemu peniaga pasar malam di Kuala Kubu Bharu dalam siri jelajah kempennya di kawasan itu pada 10 November 2022. Foto Facebook DrSathia Prakash Nadarajan
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dr Sathia minati Ombak Rindu, bawa anak yatim tonton Mat Kilau

Oleh Diana Abd Wahab

HULU SELANGOR, 11 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor meminati filem tempatan berbahasa Melayu antaranya Ombak Rindu dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Membesar dalam kelompok rakan-rakan Melayu, Dr Sathia Prakash Nadarajan menonton Ombak Rindu yang dibintangi Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani sebanyak lima kali di pawagam.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan mengenakan tanjak sebagai sokongan kepada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada 21 Julai 2022. Foto Facebook DrSathia Prakash Nadarajan

“Paling banyak saya tengok Ombak Rindu. Saya tidak tahu mengapa saya suka (hingga tonton lima kali). Pelik bukan?” kata anak jati Rawang itu kepada Selangorkini.

Beliau juga menaja 200 anak yatim dari kalangan asnaf untuk menonton Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan memakai busana Melayu termasuk bertanjak.

“Kita ambil semangat dengan memakai busana Melayu dan bertanjak bagi menyaksikan filem itu. Menerusi filem, saya belajar banyak perkara. Macam mana tradisi, sejarah bagaimana Malaysia terbentuk.

“Bila kita faham adat dan agama, kita akan lebih hormat antara satu sama lain. Ini yang semua orang kena faham dan beri perhatian,” katanya.

Berikut kegemaran lain Dr Sathia:

Buku: Rich Dad Poor Dad tulisan Robert T. Kiyosaki

Selebriti: Maher Zain


Pengarang :