Kenderaan rosak dihempap pokok susulan hujan lebat dan angin kencang di Apartmen Pandan Jaya pada 27 November 2022. Foto Facebook BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Empat kenderaan rosak dihempap pokok di Pandan Jaya

KUALA LUMPUR, 27 NOV: Empat kenderaan rosak apabila dihempap pokok tumbang di Apartmen Pandan Jaya dan di Jalan Pandan di sini berikutan hujan lebat dan angin kencang, petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kedua-dua kejadian berkenaan.

Kenderaan rosak dihempap pokok susulan hujan lebat dan angin kencang di Apartmen Pandan Jaya pada 27 November 2022. Foto Facebook BERNAMA

“Pihak bomba menerima panggilan kejadian pertama pada 3.13 petang dan tiba di lokasi kejadian di Jalan Pandan 2/3 Pandan Jaya 10 minit kemudian dan mendapati terdapat sebatang pokok tumbang menghempap dua motosikal yang diletakkan di bawah pokok berkenaan.

“Panggilan kedua diterima pada 3.38 petang melaporkan terdapat pokok tumbang di Apartmen Pandan Jaya yang menghempap sebuah kereta Proton Waja dan sebuah van Nissan Vanette di bawah pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata kerja mengalihkan pokok tumbang di kedua-dua lokasi berkenaan selesai dilakukan.

— BERNAMA

 


Pengarang :