Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat model rumah ketika majlis pecah tanah Rumah Idaman Bukit Jelutong di Galeri Jualan Rumah Idaman Bukit Jelutong, Shah Alam pada 26 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Insentif negeri galak binaan rumah rancak pembangunan hartanah

SHAH ALAM, 23 NOV: Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik yang dilaksana Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek Rumah Harapan dan Rumah Idaman merancakkan kembali pembangunan hartanah di Selangor, kata EXCO perumahan.

Rodziah Ismail berkata setakat ini 109,272 unit rumah kategori berkenaan diberi kelulusan pembangunan yang dijangka siap secara berperingkat menjelang 2026.

EXCO Perumahan dan Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail menjawab soalan ketika Sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 23 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Dasar ini memberi dampak kepada perusahaan kecil dan sederhana iaitu sektor pembinaan dan perkhidmatan. Dalam masa sama memastikan penciptaan nilai ekonomi sebanyak RM27 bilion,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sijangkang Mohd Yunus Hairi berhubung dasar Kerajaan Negeri terhadap isu kenaikan bahan binaan.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu memaklumkan insentif pengecualian caj pemajuan 100 peratus turut diberi kepada pemain sektor bagi menggalakkan pembinaan rumah tahun ini.

Sementara itu Rodziah berkata setakat 1 Oktober, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan 40 projek Rumah SelangorKu Jenis A melibatkan 10,567 unit.

“Rumah ini masih dalam proses mendapatkan kelulusan pelan pembangunan dari pihak berkuasa tempatan,” katanya.


Pengarang :