Young Syefura Othman menang di Bentong dengan majoriti 692 undi. Foto Facebook Young Syefura Othman
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

LANGSUNG: HARAPAN tewas di Titiwangsa, rebut Alor Gajah

Gelombang kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum ke-15 menghanyutkan banyak kerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) di Kedah dan Perak namun arus itu dapat dibendung di Pahang dan selatan Semenanjung.

Bagaimanapun, Kuantan yang dikuasai HARAPAN selama beberapa penggal dan Simpang Renggam yang baharu dimenangi pada 2018 tidak dapat diselamatkan. Alor Gajah dirampas HARAPAN daripada parti sekutu yang belot tetapi Titiwangsa terlepas dari tangan.

Kejutan itu menjejaskan hasrat HARAPAN untuk menggapai Putrajaya dengan lebih stabil. Bagaimanapun, pencapaian 82 kerusi gabungan tersebut sudah diramal firma penyelidik. PN termasuk PAS meraih jumlah besar dengan 73 kerusi, sementara BN hanya mampu berpuas hati dengan 30 kerusi.

Laporan ini disediakan oleh  Amin Ridzuan Ishak dan  Nur Aishah Mohd Amin 

__________________________________________________________________________________________________________

3.45 pagi: (Rasmi) BN kekal kemenangan di Pensiangan, Libaran dan Kinabatangan

3.30 pagi (Rasmi) GRS rampas Batu Sapi daripada Warisan, majoriti 4,821 undi

3.15 pagi: (Rasmi) Calon HARAPAN Mustapa Sakmud menang Sepanggar dengan majoriti lebih 7,000 undi, rampas kubu kuat Warisan

3 pagi: (Rasmi) Calon HARAPAN Young Syefura Othman menang di Bentong dengan majoriti 692 undi, penyandang hilang deposit

2.45 pagi (Rasmi) PN rampas Temerloh, Maran, Kuala Krau dan Jerantut, BN pertahan Paya Besar dan Cameron Highlands

2.30 pagi: (Rasmi) Dua calon Bebas di Sabah menang Kudat dan Tenom

2.15 pagi: Calon PN Datuk Seri Saifuddin Abdullah menang di Indera Mahkota, kekal kerusi dimenangi di bawah HARAPAN pada pilihan raya umum 2018

2 pagi: (Rasmi) PN rampas Jasin daripada BN, menang majoriti 322 undi

1.45 pagi (Rasmi) BN menang di Jempol, Jelebu dan Tampin

1.30 pagi: (Rasmi) BN menang di Putatan dengan majoriti tipis 124 undi

1.15 pagi: (Rasmi) GRS menang Sipitang, tewaskan calon HARAPAN dan Warisan

1 pagi: (Rasmi) BN menang Kimanis, majoriti 3,037

12. 45 pagi: (Rasmi) Calon HARAPAN Fuziah Salleh gagal pertahan Kuantan untuk penggal keempat, tewas kepada wakil PN

12. 30 pagi: (Rasmi) Bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari rampas Alor Gajah, majoriti 890 undi

12.15 pagi: (Rasmi) BN kembali tawan semula Titiwangsa dengan majoriti 4,632 undi

12 tengah malam: (Rasmi) Calon BN Wee Jeck Seng menang Tanjung Piai

11.45 malam: (Rasmi) BN rampas Kalabakan daripada Warisan, majoriti lebih 9,000

11.30 malam: (Rasmi) Calon PN Mas Ermieyati  menang di Masjid Tanah

11.15 malam: (Rasmi) Penyandang Datuk Seri Ahmad Maslan kekal Pontian

11 malam: (Tidak Rasmi) Datuk Rashid Hasnon tewas kepada calon HARAPAN Onn Abu Bakar di Batu Pahat, lapor Malaysiakini

10.45 malam: (Tidak rasmi) Calon HARAPAN Syed Ibrahim Syed Noh menang Ledang, lapor Bernama

10.30 malam: (Rasmi) GRS menewaskan calon HARAPAN Tawau dengan majoriti 3,800 undi

10.15 malam: (Rasmi) Calon HARAPAN Ewon Benedick menang Penampang dengan majoriti 14,410 undi, tewaskan penyandang Datuk Darell Leiking dari Warisan

10 malam: (Rasmi) Dr Maszlee dari HARAPAN gagal pertahan Simpang Renggam

9.45 malam: (Tidak Rasmi) HARAPAN pertahan Iskandar Puteri, Kulai dan Labis, lapor Malaysiakini

9.30 malam: (Tidak Rasmi) MUDA kekal Muar, kata penyandangnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

9.15 malam: (Tidak rasmi) BN pertahan Ayer Hitam, lapor Malaysiakini


Pengarang :