BUDAYARENCANA

Larang yang lepas

Hidup ibarat roda
Kami berputar sepanjang kenangan
Menuntut silam hidup kembali
Di tahun yang telah dewasa

Kita tak pernah rumit memilih simpang
Lurus, kiri atau kanan
Kalau-kalau malas kita boleh pulang semula
Kerana rumah kita hanya sehela nafas

Suatu ketika kita mendiam
Seakan melarang mengenang lepas
Sekerasnya menggila mengaku dewasa
Kaca mata bertakung merah

Kita memang akan terbakar
Kerana unggun hidup berbatang-batang
Punca api telah hidup semenjak bayi
Segala dalam bumi cuma minyak atau air

Kelak kita terpadam
Kerana mendung cemburu terik
Hujan memusuhi kemarau
Segala di dunia akan dikecai tanah

Kita hanya mengerjakan lumrah
Indah tak selalunya hidup
Resah tak pernah mati
Kenang tak boleh lupa

Sebenarnya, cuma larang
Salah yang lepas
Usah kau kenang
Sampai lama bergenang

Maliqi Musa

 

 

 


Pengarang :