Atlet basikal Selangor giat menjalani latihan ketika tinjauan di Taman Seri Pekan Kapar Kapar pada 4 Julai 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Suntikan dana RM7 juta rancak program pembangunan sukan negeri

SHAH ALAM, 28 NOV: Program pembangunan sukan di Selangor mampu dilaksanakan dengan lebih rancak tahun depan melalui suntikan dana sebanyak RM7 juta.

Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor berkata peruntukan diumum dalam Belanjawan Selangor 2023 akan digunakan untuk membiayai program latihan, elaun dan peralatan sukan.

Mohamad Nizam Marjugi memaklumkan dana itu juga untuk membiayai penyertaan kejohanan dari peringkat akar umbi hingga kebangsaan melalui 50 persatuan sukan negeri.

“Kita merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang telah mengumumkan peruntukkan bagi membangunkan sukan di negeri ini.

“Semoga kita dapat melahirkan lebih ramai atlet yang mampu bersaing sehingga peringkat yang tertinggi terutama memperbaiki kedudukan Sukan Malaysia (Sukma) pada masa akan datang,” katanya.

Jumaat lalu, Amirudin ketika membentang belanjawan negeri 2023 berkata program pembangunan sukan oleh MSN Selangor diterukan dengan peruntukan RM7 juta.

Projek membaik pulih dan membina infrastruktur sukan juga diteruskan membabitkan perbelanjaan RM2.24 juta bagi memartabatkan aspek pembangunan sukan serta aktiviti kesukanan.


Pengarang :