AGENSISELANGOR

LZS agih zakat RM42.2 juta untuk keperluan penerima akibat banjir

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 4 NOV: Sejumlah RM42.2 juta zakat diagihkan untuk pelbagai keperluan susulan bencana banjir tahun lalu.

Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS) agihan membabitkan Disember tahun lalu sehingga Jun 2022.

“Bantuan kecemasan dan bencana alam diagihkan kepada 46,727 penerima dengan jumlah keseluruhan RM28 juta.

“Sumbangan baik pulih pasca banjir (institusi) membabitkan RM7.5 juta diagihkan kepada 150 masjid dan surau.

“Seramai 2,417 penerima menerima bantuan pasca banjir (keperluan asas) dengan jumlah keseluruhan RM4.2 juta selain 119 penerima menerima bantuan baik pulih rumah berjumlah RM2.4 juta,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Agensi itu menyatakan urusan agihan zakat dapat dilaksanakan menerusi kepercayaan dan keyakinan pembayar zakat terhadap LZS.

LZS turut memberi jaminan setiap sen zakat yang ditunaikan rakyat Selangor digunakan sebaiknya kepada mereka yang memerlukan.


Pengarang :