Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan kepada pewaris ketika program ziarah kasih dan penyerahan khairat kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Kampung Baru Batu Caves, Gombak pada 9 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pemberian baucar RM100, khairat kematian RM500 bukti Selangor hargai warga emas

SHAH ALAM, 3 NOV: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang diperkenal lebih sedekad lalu merupakan ikhtiar Kerajaan Selangor dalam menyantuni golongan warga tua.

Dato’ Menteri Besar berkata insentif yang terkandung bawah Iltizam Selangor Penyayang membolehkan penerima menikmati baucar RM100 semasa hayat selain khairat kematian RM500.

“Program terdahulu hanya memperuntukkan khairat kematian yang tidak dapat dinikmati oleh warga emas semasa mereka masih hidup,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan Baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada penerima ketika Program Gotong-Royong di Dewan Indian Settelment Batu Caves, Gombak pada 16 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Inisiatif diperkenal sejak 2008 khusus buat warga emas berumur 60 tahun ke atas membolehkan ahli berdaftar menerima baucar hadiah hari jadi sebanyak RM100 serta tabung khairat kematian RM500.

Menerusi belanjawan tahun ini, sejumlah RM27.5 juta diperuntuk bagi kelangsungan program berkenaan.

Berucap dalam majlis pengenalan 22 calon Parlimen Pakatan Harapan Selangor malam tadi, Amirudin selaku pengerusi negeri memaklumkan SMUE bakal diperluas ke seluruh negara jika memenangi pilihan raya umum ke-15.


Pengarang :