Datuk R Ramanan menemui penduduk dalam program ‘Walkabout’ di Seksyen 6, Kota Damansara hari ini. Foto Facebook Ramanan Ramakrishnan DR
AGENDANASIONAL

Penduduk Sungai Buloh nampak kemajuan bawah HARAPAN, bukan BN (VIDEO)

SHAH ALAM, 8 NOV: Banyak perubahan dan kemajuan dirasai penduduk Sungai Buloh bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak 2008 berbanding semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Pengundi S Arenasam, 74, berkata gabungan itu juga diyakini mampu memberikan yang terbaik jika diberi peluang sekali lagi di Parlimen itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Sudah lama bawah BN kurang pembangunan tetapi apabila HARAPAN masuk, ada perubahan. Pada saya HARAPAN kurang masa, jika beri masa pasti banyak perubahan,” katanya.

Tiga dekad menetap di kawasan itu, beliau turut berharap wakil rakyat dapat membina laluan khas di bahu jalan bagi kemudahan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Dalam pilihan raya kali ini, HARAPAN diwakili Datuk R Ramanan berdepan pencabar terkuat bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (Barisan Nasional) dalam persaingan tujuh penjuru.


Pengarang :