Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Ampang Rodziah Ismail (dua, kanan) bertemu pengundi di kawasan itu baru-baru ini ketika kempen pilihan raya umum. Foto Facebook Rodziah Ismail
AGENDANASIONAL

Pegang amanah setia pada parti, Rodziah nekad kembali mandat rakyat (VIDEO)

SHAH ALAM 8 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) bertekad mengembalikan semula mandat rakyat yang dikhianati di Parlimen Ampang dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Calon gabungan itu Rodziah Ismail turut berkongsi video ringkas seorang warga emas yang memintanya tidak lompat parti ketika berkempen di sebuah restoan bersama jenteranya.

“Uncle kata jangan lompat. InshaAllah saya pegang amanah ini dan saya menawarkan diri untuk kembalikan mandat rakyat yang dikhianati,” tulis Rodziah di Twitter hari ini.

EXCO perumahan negeri yang juga calon nombor satu dalam kertas undi berdepan Datuk Zuraida Kamaruddin, yang mempertahankan kerusi disandang mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida, bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi memegang kerusi itu selama tiga penggal atas tiket Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tetapi meninggalkan parti itu pada Februari 2020.


Pengarang :