PBTSELANGOR

Pertandingan reka bentuk bangunan hijau MPKS tawar hadiah wang tunai hingga RM6,500

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 8 NOV: Hadiah wang tunai sehingga RM6,500 menanti peserta pertandingan reka bentuk ubah suai rumah berkonsepkan bangunan hijau anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Pihak berkuasa tempatan itu berkata seluruh pemain industri pembinaan dijemput menyertai pertandingan tersebut sempena Agenda Pembangunan Mampan menjelang 2030.

Yuran penyertaan adalah RM88 dan tarikh tutup pada 16 Disember depan.

“Program bagi menyahut saranan kerajaan untuk menyokong perlaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat tempatan ke arah mencapai agenda terbabit,” katanya menerusi Facebook.

Pihak berminat boleh mengisi borang penyertaan di https://forms.gle/TrWMRvGfGVBuMWmo7 dan mematuhi segala syarat-syarat peraturan yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Siti Rozana di talian 03-32891439 sambungan 216.


Pengarang :