Pemain Iran, Mehdi Taremi berteriak gembira selepas rakan sepasukan Roozbeh Cheshmi menjaringkan gol pertama ketika menentang Wales dalam Piala Dunia 2022 di Stadium Ahmad Bin Ali, Al Rayyan, Qatar pada 25 November 2022. Foto REUTERS
AGENDASUKANKINI

Piala Dunia: Iran buat kejutan tewaskan Wales 2-0

DOHA, 25 NOV: Dua gol yang dijaringkan Iran pada minit ke-99 dan ke-100 sekali gus membolehkan negara itu meraih kemenangan 2-0 menentang Wales pada perlawanan Kumpulan B Piala Dunia FIFA 2022 di sini, Jumaat.

Iran yang menggandakan asakan menjelang tamat saingan hingga menyaksikan penjaga gawang Wales, Wayne Hennessey dilayangkan kad merah pada minit ke-86 selepas mengasari penyerang Iran, Mehdi Taremi di luar kotak penalti, lapor Xinhua.

Kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat 90 minit perlawanan sebelum rembatan kencang Rouzbeh Cheshmi pada masa kecederaan meletakkan Iran di depan.

Wales yang berusaha menyamakan kedudukan dikejutkan dengan rembatan pemain Iran Ramin Rezaeian yang menewaskan penjaga gol gantian Danny Ward seminit kemudian.

Perlawanan berlangsung di Al Rayyan.

– BERNAMA


Pengarang :