Datuk Bandar Subang Jaya, Dato’ Johary Anuar (dua, kanan) melawat gerai pameran selepas majlis perasmian Karnival Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Dewan Serbaguna MBSJ Puchong Indah, Puchong pada 8 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Bazar Ramadan: MBSJ buka permohonan permit dalam talian mulai esok

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 12 DIS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) membuka permohonan permit bazar Ramadan secara dalam talian mulai esok hingga 31 Disember ini.

MBSJ memaklumkan sebanyak 25 lokasi bazar Ramadan disediakan tahun depan yang dibahagikan kepada lima zon iaitu Subang Jaya, Kinrara, Puchong, Putra Heights dan Serdang/ Seri Kembangan.

Jelas pihak berkuasa tempatan itu, zon Subang Jaya menyediakan enam lokasi bazar Ramadan, zon Puchong (lapan lokasi), zon Kinrara (dua lokasi), zon Putra Heights (dua lokasi) dan zon Serdang/ Seri Kembangan (tujuh lokasi).

“Imbas kod QR yang tertera atau layari www.mbsj.gov.my untuk maklumat lanjut. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Pelesenan MBSJ di talian 03-80264324 pada waktu operasi pejabat,” katanya di Facebook.


Pengarang :