Petugas Majlis Perbandaran Klang (MPK) ketika menjalani latihan pengendalian bot dan menyelamat di kolam tadahan Bandar Puteri, Klang pada 8 Disember 2022. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

Hadapi bencana, MPK buat latihan menyelamat di air

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 9 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan latihan pengendalian bot dan menyelamat di air sebagai persiapan menghadapi bencana.

Menerusi Facebook, pihak berkuasa tempatan itu berkata kakitangan yang terlibat ialah pengendali bot dan enjin, penguat kuasa serta Skuad Pantas.

“Antara latihan yang dilakukan seperti tahap keyakinan dalam air, balingan tali menyelamat, pemanduan bot, parkir bot dan menyelamat mangsa,” tulisnya.

Menurut MPK, proses pembersihan dan penyelenggaraan peralatan turut dijalankan selepas selesai latihan di kolam tadahan Bandar Puteri, Klang.

Pusat Hidrogafi Nasional meramalkan air pasang besar berlaku di Pelabuhan Klang bermula semalam sehingga Ahad.


Pengarang :