EXCO Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail bergambar serta beramah mesra bersama 10 usahawan terbaik sempena majlis Anugerah Usahawan Petaling Jaya di Dewan Sivik, Petaling Jaya pada 9 Disember 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO saran PBT wujud pelan strategik bantu usahawan

PETALING JAYA, 9 DIS: Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran mewujudkan pelan strategik bagi membantu usahawan memperkasa perniagaan.

EXCO pembangunan usahawan mahu usaha Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mewujudkan Pelan Strategik Pembangunan Usahawan Petaling Jaya 2021-2030 dicontohi.

“MBPJ merupakan PBT pertama yang mewujudkan pelan tindakan sebegini yang mana agak kondusif dan dapat membantu usahawan memperkasa perniagaan.

“PBT berperanan untuk membantu usahawan dengan memberi input digitalisasikan perniagaan namun pada masa sama masih tegas lagi dalam penguatkuasaan,” kata Rodziah Ismail.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Usahawan Petaling Jaya 2022 di Dewan Sivik MBPJ di sini hari ini.

Rodziah turut memuji inisiatif MBPJ dan berharap kisah kejayaan usahawan yang terlibat dapat disusun dan menjadi inspirasi kepada individu lain.

“Anugerah usahawan yang dilaksanakan MBPJ pada hari ini juga merupakan satu kisah kejayaan yang sepatutnya disusun dan dibuat di semua PBT, syabas saya ucapkan,” katanya.

Buat julung kalinya MBPJ mengiktiraf 10 usahawan yang berjaya menamatkan kursus latihan keusahawanan selama tiga bulan menerusi Pelan Strategik Pembangunan Usahawan Petaling Jaya 2021-2030.


Pengarang :