Ketua Penolong Mufti Mohamad Shukry Sulaiman (tengah) dan Penolong Mufti Kanan Bahagian Falak Hardi Mohamad Sadali (kanan) bergambar bersama sebahagian mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di pejabat Jabatan Mufti Selangor pada 24 Disember 2022. Foto Facebook Jabatan Mufti Negeri Selangor
AGENSISELANGOR

Jabatan Mufti Selangor kongsi ilmu urus fatwa, falak kepada 35 mahasiswa Unisza

SHAH ALAM, 26 DIS: Ilmu pengurusan fatwa dan falak antara yang dikongsi Jabatan Mufti Selangor kepada mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) ketika kunjungan pelajar itu ke agensi berkenaan, kelmarin.

Jabatan Mufti Selangor memaklumkan program disertai 35 pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) diiringi pensyarah turut didedahkan dengan proses istitabah serta isu-isu hukum syarak yang berkaitan dengan perkhidmatan jabatan.

“Dalam masa sama, mahasiswa berkenaan juga diberi peluang untuk untuk bersoal jawab bersama dengan pegawai jabatan,” menurut Jabatan Mufti Selangor di Facebook.

Program sehari itu turut dihadiri Ketua Penolong Mufti Mohamad Shukry Sulaiman dan Penolong Mufti Kanan Bahagian Falak Hardi Mohamad Sadali.


Pengarang :