Pengunjung cilik menyertai permainan ‘explore’ di Selangor Fruit Valley (SFV) pada 22 Disember 2022. Foto Facebook SFV
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Permainan tembak ala komando tarikan terbaharu di Selangor Fruit Valley

SHAH ALAM, 26 DIS: Cabaran tembakan tepat ala komando atau Extreme Shooter antara tarikan baharu di Selangor Fruit Valley (SFV).

Pusat agro pelancongan itu menerusi Facebook memaklumkan aktiviti berkenaan dibuka kepada pengunjung bermula musim cuti persekolahan ini.

“SFV kini ada tarikan baharu buat anda semua. Jom masuk aktiviti Extreme Shooter ala-ala komando dan terus cipta kenangan di sini,” katanya.

Terletak di Bestari Jaya, SFV dibuka mulai jam 9 pagi hingga 4 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh hubungi 012-3432971 atau 016-6880792 atau e-mel [email protected].

Bermula Oktober, harga tiket masuk bagi pelancong domestik ialah RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM20 bagi dewasa.

Bagi pelancong antarabangsa untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, manakala dewasa pula RM35.


Pengarang :