Datuk Johari Abdul dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat baharu pada 19 Disember 2022. Foto Bernama TV
AGENDANASIONAL

Johari Abdul dipilih speaker Dewan Rakyat baharu

SHAH ALAM, 19 DIS: Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat baharu selepas memperoleh undi sokongan tertinggi dari ahli Dewan Rakyat.

Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin ketika mengumumkan keputusan berkata Johari memperoleh 147 undi, sementara seorang lagi calon, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.

Terdahulu semua ahli Dewan Rakyat diminta melakukan undian menerusi kertas dengan menulis nama yang disokong susulan terdapat dua calon.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Johari sebagai calon mewakili kerajaan manakala ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan Mohd Radzi yang merupakan bekas menteri dalam negeri.


Pengarang :