Pengunjung terlibat dalam aktiviti berbasikal dalam program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 22 Mei 2022. Foto MBSA
PBTSELANGOR

Kejohanan berbasikal antara program Selamat Pagi Subang Jaya Ahad ini

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 28 DIS: Orang ramai dipelawa menyertai pelbagai aktiviti pada program Selamat Pagi Subang Jaya anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Ahad ini.

Program bermula jam 7 hingga 11 pagi sempena Hari Tanpa Kenderaan berlangsung di Jalan Persiaran Kemajuan, berdepan pusat membeli-belah Subang Parade dan Aeon Big.

“Pelbagai aktiviti sihat seperti kayuhan, larian dan jalan santai, streetball & kid streetsoccer, memanah dan pemeriksaan kesihatan percuma dan terbaharu adalah kejohanan berbasikal,” kata MBSJ di Facebook.

Program turut menawarkan acara hiburan seperti pertandingan nyanyian, pemuzik jalanan (busking), demo masakan selain menikmati pelbagai juadah di Pesta Sarapan Pagi.


Pengarang :