Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
PBTSELANGOR

MPKj pantau lokasi berisiko sepanjang Monsun Timur Laut

SHAH ALAM, 23 DIS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memantau lokasi berisiko di sekitar kawasan pentadbirannya berikutan fenomena Monsun Timur Laut ketika ini.

Yang dipertuanya menjelaskan tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku musibah banjir selain mengambil ikhtibar insiden tanah runtuh di Batang Kali.

Najmuddin Jemain berkata anggota Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) juga bersiap sedia sehingga Januari depan bagi membantu kerja-kerja segera dan kritikal.

“Bilik Gerakan Bencana MPKj juga diaktifkan serta-merta yang beroperasi 24 jam sejak November lalu. Sebarang kecemasan hubungi bilik gerakan ini di talian 1-800-88-1144,” katanya.

Bercakap pada mesyuarat MPKJ secara dalam talian hari ini, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan peka arahan pihak berkuasa sepanjang peralihan monsun.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di satu atau dua tempat di Selangor selama dua hari sehingga esok.


Pengarang :