Penduduk mengambil bantuan bekalan air yang disediakan Air Selangor. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Pencemaran bau: 85 lori tangki air digerak, tujuh pusat khidmat setempat diaktifkan

SHAH ALAM, 24 DIS: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menggerakkan 85 lori tangki air ke  kawasan terlibat susulan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi).

Air Selangor menerusi Facebook memaklumkan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Tujuh Pusat Khidmat Setempat (PKS) diaktifkan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan bekalan air sepanjang tempoh gangguan bekalan tidak berjadual berlaku.

“Pengguna juga boleh merujuk https://hentitugas.airselangor.com/ untuk lokasi PKS,” katanya.

Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden pencemaran bau di stesen pam air mentah Jenderam Hilir.

Kawasan terlibat ialah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).

 


Pengarang :