Orang ramai beratur untuk membeli barangan keperluan asas yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sementa, Klang pada 23 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Subsidi RM6.16 juta program jualan murah manfaat dua juta rakyat

SHAH ALAM, 29 DIS: Program jualan murah menerima subsidi Kerajaan Negeri berjumlah RM6.16 juta dengan dua juta rakyat menerima manfaat sejak dilaksanakan September lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor turut mencatatkan nilai jualan RM19.65 juta.

“JER telah mencatatkan jualan sebanyak RM19.65 juta dgn subsidi Kerajaan Negeri berjumlah RM6.16 juta dan memberi manfaat kepada 2 juta rakyat Selangor,” katanya di Twitter hari ini.

Pada 13 Disember, Amirudin mengumumkan peruntukan antara RM10 hingga RM15 juta bagi meneruskan program jualan murah itu selama tiga bulan mulai 15 Januari.

Beliau berkata kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menyediakan lebih banyak produk antaranya roti.

 


Pengarang :