AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 4 petang

SHAH ALAM, 21 JAN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Labuan.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :