Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika menjawab pertanyaan media selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya, Nibong Tebal pada 13 Januari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Belanjawan 2023: 568 sekolah daif di Sarawak jadi keutamaan – Fadhlina

MIRI, 26 JAN: Usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023, pada 24 Feb ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti sebanyak 455 sekolah daif dalam skala enam dan 113 sekolah daif dalam skala tujuh.

Menurutnya, skala enam dan tujuh dalam penilaian infraskruktur sekolah itu merujuk kepada keadaan bangunan yang bahaya serta tidak selamat digunakan.

“KPM akan beri tumpuan dan perhatian penuh untuk pembangunan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah ini, kita tidak meminggirkan mana-mana sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ziarah Prihatin, di sini, hari ini.

Selain itu, KPM turut mengumumkan peruntukan penyelenggaraan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Liam, SK Lepong Ajai, SK St. Joseph dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, di sini.

– BERNAMA


Pengarang :