Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dibawa penduduk Taman Cendana Puncak Bestari, Puncak Alam meninjau keretakan lorong belakang kediaman mereka pada 2 Januari 2023. Foto Facebook Dr Dzulkefly Ahmad
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dr Dzulkefly lawat kediaman retak di Puncak Alam, pastikan tindakan segera diambil

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 3 DIS: Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad melawat kediaman di Taman Cendana Puncak Bestari, Puncak Alam semalam berikutan aduan keretakan jalan dan struktur rumah yang membimbangkan penduduk.

Dzulkefly berkata hasil tinjauan berkenaan mendapati keretakan berlaku di beberapa dinding rumah, longkang, lorong belakang dan struktur rumah penduduk.

“Saya difahamkan oleh rakan ‘consulting engineer’ saya, bahawa ini adalah tanda-tanda awalan kemungkinan besar mendapan tanah atau pergerakan tanah.

“Insiden ini memerlukan tindakan segera oleh pemaju-pemaju dan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS),” katanya menerusi Facebook.

Sebahagian daripada keretakan struktur rumah penduduk Taman Cendana Puncak Bestari, Puncak Alam. Foto Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

Dr Dzulkefly menjelaskan faktor cuaca yang tidak menentu dan kekerapan taburan hujan pada ketika ini mungkin menyumbang kepada situasi berkenaan.

Sehubungan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan semua agensi terlibat bagi memastikan aduan itu dapat diselesaikan secepatnya untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kejadian yang tidak diingini.

“Saya sangat memahami kebimbangan penduduk tentang keadaan ini,” katanya.


Pengarang :