Pengunjung merakam gambar kenangan di mercu Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hampir 2,000 pengguna muat turun aplikasi pelancongan negeri

SHAH ALAM, 8 JAN: Hampir 2,000 pengguna memuat turun aplikasi pelancongan negeri, Go Selangor sejak mula dilancar pada 14 April tahun lalu.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berkata jumlah akses yang direkodkan pula ialah sebanyak 6,820 kali.

“Kita juga menjangkakan seramai 1,000 operator akan berdaftar sehingga Mac ini berbanding 313 yang terlibat tahun lalu, terdiri daripada makanan dan minuman (F&B), gaya hidup, tempahan tiket dan aktiviti.

“Setakat ini, aplikasi Go Selangor menerima maklum balas yang agak baik daripada pengguna. Namun terdapat beberapa penambahbaikan yang dicadang seperti pakej tawaran yang perlu diperbanyakkan,” katanya kepada Selangorkini.

Go Selangor merupakan satu-satunya aplikasi pelancongan yang dilancarkan di Malaysia dan sudah tersedia pada Google PlayStore dan iOS.

Aplikasi yang dibangunkan hasil kerjasama syarikat pemula tempatan, Tourplus Technology menelan kos RM3 juta itu selari usaha pendigitalan pelancongan Selangor.

Pengembara dari seluruh dunia boleh mendapat akses berkaitan produk pelancongan negeri dengan mudah yang menjadi pusat sehenti pelbagai akses.


Pengarang :