Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Selayang Baru, Gombak pada 25 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan murah habis awal, produk terjual dalam tempoh singkat

OLEH AZIAN AZIZ

GOMBAK, 25 JAN: Program jualan murah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua tamat lebih awal dengan hampir semua barangan yang ditawarkan terjual dalam tempoh satu jam setengah.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan telur dan ayam antara dua produk yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di mana-mana lokasi Jelajah Ehsan Rakyat (JER).

“(Hari ini) kita juga benarkan beras, minyak masak dan daging dibeli lebih daripada satu. Hasilnya, kira-kira 11.30 pagi semua barangan kecuali minyak masak habis dijual,” kata Penolong Pengurus Komunikasi Strategik PKPS Azri Yusof ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata program yang memanfaatkan sekitar 500 pembeli hari ini akan diteruskan di Flat Selayang Mulia dalam DUN sama esok bermula 9 pagi.

Inisiatif jualan murah kendalian PKPS yang memanfaatkan sekitar dua juta penduduk negeri ini diteruskan mulai 16 Januari hingga Mac depan berikutan sambutan menggalakkan.

Antara produk ditawarkan ialah ayam standard (RM10 seekor), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging pejal segar (RM10 per pek), minyak masak 5kg (RM25), beras 5kg (RM10) dan ikan (RM6 per pek).


Pengarang :