Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim (tengah) bergambar bersama 24 ahli majlis selepas mengangkat sumpah terima jawatan bagi penggal 2023 di Menara MPAJ, Ampang pada 6 Januari 2023. Foto MPAJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Lima wanita antara 24 ahli majlis MPAJ angkat sumpah jawatan

Oleh Diana Abd Wahab

AMPANG JAYA, 7 JAN: Seramai 24 ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) termasuk tujuh lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan semalam.

Lafaz sumpah jawatan yang berkuat kuasa 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini dibaca di hadapan yang dipertuanya di Menara MPAJ di sini, yang turut menyaksikan lima wanita dilantik mengisi jawatan tersebut.

Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata seorang ahli majls wanita baharu Julaihah Jamaludin turut dilantik sebagai timbalan yang dipertua MPAJ.

“Pengalaman yang ada pada setiap ahli majlis diharap dapat membantu dalam menggubal dasar untuk pembangunan mampan bertaraf antarabangsa di samping berganding bahu dalam meningkatkan mutu perkhidmatan MPAJ,” katanya.

Sebelum ini, EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han mengumumkan seramai 272 ahli majlis daripada12 PBT dilantik dengan 28 peratus atau 76 orang daripadanya wanita.

Pelantikan semua ahli majlis tersebut berkuat kuasa mulai 1 Januari selama setahun

Tujuh ahli majlis MPAJ lantikan baharu bergambar bersama selepas mengangkat sumpah terima jawatan bagi penggal 2023 di Menara MPAJ, Ampang pada 6 Januari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :