Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menggaul ‘yee sang’ sempena Jelajah Tahun Baharu Cina Parlimen Gombak di kediaman Pengarah Sri Ternak Group Sdn Bhd Datuk Raymond Ho Cheng Hann di Selayang Jaya pada 24 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB rai kemeriahan Tahun Baharu Cina, luang masa kunjungi masyarakat Tionghoa

GOMBAK, 24 JAN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meraikan kemeriahan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Tionghoa sekitar Gombak petang ini.

Jelajah Tahun Baharu Cina beliau bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhammad melibatkan kediaman aktivis masyarakat Ah Cai di Kampung Laksamana

Amirudin kemudian meluangkan masa melawat seorang lagi aktivis masyarakat, Ah Lian di Selayang Baru sebelum ke kediaman pemilik Sri Ternak Group Sdn Bhd Datuk Raymond Ho Chenn Hang dekat Selayang Jaya.

“Menariknya kehadiran (orang ramai) di rumah-rumah terbabit melibatkan kepelbagaian kaum. Ini satu situasi yang sangat baik dan wajar dikekalkan atas semangat perpaduan.

“Pada masa sama memupuk semangat saling faham-memahami antara satu sama lain dan penghormatan terhadap kebudayaan masing-masing. Saya percaya ia akan mengukuhkan lagi muafakat,” kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama keluarga aktivis Ah Lian sempena Jelajah Tahun Baharu Cina di Selayang Baru, Gombak pada 24 Januari 2023. Foto NAZIR KHAIRI/PEJABAT MB SUK

Sementara itu, Raymond berkata kunjungan Amirudin yang juga wakil rakyat Sungai Tua ke rumahnya merupakan aktiviti lazim setiap kali perayaan berkenaan.

“Setiap tahun beliau tidak pernah gagal datang ke rumah beraya dengan kami sekeluarga. Sebab itu kami akan sediakan pelbagai makanan dan minuman sebagai jamuan.

“Kehadirannya sangat istimewa dan menambah lagi kemeriahan Tahun Baharu Cina kami, apatah lagi selepas pandemik Covid-19. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana sudi datang meraikan bersama kami,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) dan isteri Datin Seri Masdiana Muhammad (lima, kanan) bergambar bersama keluarga serta sahabat handai pemilik Sri Ternak Group Sdn Bhd Datuk Raymond Ho Cheng Hann sempena Jelajah Tahun Baharu Cina Parlimen Gombak di Selayang Jaya pada 24 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :