Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) bercakap ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) 2023 di Hotel Concorde, Shah Alam pada 17 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Tindakan sita Pantai Sungai Kajang untuk lindungi hutan paya bakau, elak diceroboh

SHAH ALAM, 17 JAN: Tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menyita kawasan Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang merupakan langkah memelihara hutan paya bakau.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau difahamkan kawasan tumpuan ramai itu termasuk dalam lingkungan rizab paya bakau.

“Jadi kita tak mahu ada pencerobohan sebab permintaan daripada penduduk dahulu untuk pelihara kawasan itu. Jadi peliharalah.

“Ada laporan pencerobohan (kawasan), potong (pokok). Jadi ini kawasan lindungan paya bakau dan jabatan hutan ambil tindakan awal supaya tidak diceroboh,” katanya pada sidang media pelancaran Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) hari ini.

Amirudin berkata beliau sudah meminta jabatan hutan negeri untuk mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung isu terbabit.

Semalam Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menggesa jabatan perhutanan memberi penjelasan berkenaan tindakan sita yang dibuat sejak 10 Januari lepas.

Beliau berkata tindakan tersebut menimbulkan persoalan dalam kalangan penduduk, pengunjung dan peniaga di kawasan tersebut yang menjadi tumpuan untuk aktiviti riadah.


Pengarang :