Reka bentuk konsep awal yang dibentangkan ketika taklimat perkembangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) di sebuah hotel pada 30 September 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pameran Kompleks Sukan Shah Alam hujung bulan ini, beri peluang orang ramai menilai

SHAH ALAM, 17 JAN: Pameran awam pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam di Seksyen 13 diadakan hujung bulan ini bagi memberi peluang orang awam menilai pembinaannya.

Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata menerusi inisiatif itu, orang ramai boleh memberi cadangan terhadap struktur dan pelan pembangunannya.

“Insya-Allah hujung bulan atau selepas sambutan Tahun Baharu Cina kita buat pameran di tapak yang mudah dikunjungi.

“Ketika ini kita dalam proses menghantar permohonan kebenaran merancang kepada pihak berkuasa. Pembinaan bakal dimulakan dalam tempoh suku pertama tahun ini,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media pelancaran Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI membuka peluang kepada orang ramai berkongsi cadangan dan pandangan berkait pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam melibatkan belanja sebanyak RM787 juta.

Kerajaan Negeri berbelanja RM56 juta antara 2013 hingga 2022 bagi menyelenggara dan membaiki kerosakan di stadium berkenaan.

 


Pengarang :