Pengunjung terlibat dalam aktiviti berbasikal dalam program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 22 Mei 2022. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA edar 477 baju percuma pada program Hari Tanpa Kenderaan Ahad ini

SHAH ALAM, 13 JAN: Sebanyak 477 helai baju percuma akan diedarkan kepada pengunjung terawal program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata pelbagai aktiviti menarik turut disediakan pada acara di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Menurut Shahrin Ahmad, antara aktiviti ialah ‘Fun Run’, kayuhan santai, senamrobik selain persembahan tarian kebudayaan, tarian singa, kombo MBSA dan penyampaian hadiah pakaian paling kreatif.

“MBSA turut menyediakan aktiviti kepada kanak-kanak seperti ‘inflatable balloon’, badut, kereta lampu, aktiviti kraf di Perpustakaan Bergerak Anggerik Vanilla dan maskot super hero,” katanya menerusi kenyataan.

Turut diadakan program ‘eco free market’ iaitu penyaluran barangan terpakai secara percuma yang disertai 40 penyumbang.

“Pengunjung hanya perlu membuat pertukaran barang kitar semula seperti botol air, botol kaca, tin aluminium dan surat khabar lama untuk mendapatkan kupon bagi mendapatkan barangan yang ditawarkan di ‘eco free market’,” katanya.


Pengarang :