PBTSELANGOR

MPAJ galak penduduk amal budaya 3R, kurangkan sampah demi persekitaran sihat

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 2 JAN: Warga Ampang digalak mengamalkan budaya 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula) bagi mengurangkan penghasilan sampah.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan amalan itu mampu mengurangkan kos pelupusan sekali gus menjamin persekitaran yang lebih sihat.

“Ayuh kita kurangkan penghasilan sampah dengan mengamalkan 3R iaitu mengurangkan penggunaan bahan atau peralatan pakai buang, menggunakan semula bahan atau peralatan dengan fungsi yang sama dan mengitar semula bahan atau peralatan menjadi produk lain.

“Kerjasama dan amalan terbaik ini mampu menjadikan Ampang Jaya lebih bersih dan indah,” kata agensi itu di Facebook.

MPAJ turut memaklumkan sebanyak 193.48 juta kg sampah dengan purata 0.99kg sampah sehari telah dihasilkan oleh warga Ampang Jaya pada 2021.

Sebarang pertanyaan hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPAJ ditalian 03-42857044 atau e-mel [email protected]


Pengarang :