Pengguna mengambil bekalan air pili awam yang disediakan Air Selangor (gambar hiasan). Foto Facebook Air Selangor.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Paip pecah: Pemulihan bekalan air capai 59 peratus

SHAH ALAM, 2 JAN: Status pemulihan bekalan air susulan kerja pembaikan paip pecah di Bukit Indah Industrial Park semalam mencapai 59 peratus setakat jam 7 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan daerah Gombak telah mencapai 59 peratus manakala Kuala Lumpur masih terjejas.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” tulisnya di Facebook.

Air Selangor juga menyarankan pengguna yang mendapat bekalan air supaya membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

Semalam, kerja pembaikan paip pecah di Bukit Indah Industrial Park menyebabkan gangguan air tidak berjadual di 83 kawasan sekitar wilayah Gombak dan Kuala Lumpur.

Air Selangor berkata bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam nanti.

 


Pengarang :