Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam Nur Natasya Izzati Zakima, 23, meluangkan masa membaca buku yang disumbangkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 23 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pustaka awam Selangor ditutup tiga hari sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 18 JAN: Semua perpustakaan bawah kelolaan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) ditutup selama tiga hari sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Perbadanan itu dalam kenyataan ringkas di Facebook memaklumkan tempoh penutupan bermula 22 hingga 24 Januari dan akan beroperasi semula pada 25 Januari.

“Semua perpustakaan PPAS akan beroperasi seperti biasa pada 25 Januari 2023 (Rabu). Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya,” maklum PPAS.

PPAS mempunyai 104 pusat perkhidmatan di seluruh Selangor termasuk perpustakaan daerah, perpustakaan komuniti, perpustakaan cawangan, dan perpustakaan desa.


Pengarang :